Topik diikuti
Pergi ke BHkuLangkah tangani kepalsuan 'online' tidak harus jejas tugas wartawan
Premium
Langkah tangani kepalsuan 'online' tidak harus jejas tugas wartawan
Langkah tangani kepalsuan 'online' tidak harus jejas tugas wartawan

BERI KETERANGAN: Wakil Kelab Akhbar Singapura (dari kanan) Cik Lau Joon Nie, Encik Zakir Hussain, Encik Patrick Daniel; bersama wakil Persatuan Peguam Korporat Singapura (SCCA) Encik Wong Taur-Jiun dan Cik Angeline Lee di sidang awam Jawatankuasa Pilihan. Turut hadir ialah Dr Stanley Lai, peguam Allen & Gledhill. - Foto GOV.SG -
Mar 24, 2018 | 5:30 AM
SEBARANG langkah yang mungkin diperkenalkan demi menangani kepalsuan 'online' tidak seharusnya menjejas tugas kewartawanan dan keupayaan wartawan melaporkan berita, kata persatuan media setempat.
Kelab Akhbar Singapura dalam perwakilan bertulisnya melahirkan keprihatinan mengenai sebarang langkah yang dikenakan terhadap wartawan akibat laporan tidak sengaja atau tidak boleh disahkan semasa ia diterbitkan, yang mungkin kemudian didapati tidak benar.
