Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah urus selamat diperketat di terminal feri sedang ramai pergi pulau Selatan, Ubin

Dec 24, 2020 | 5:03 PM
Duta jarak selamat akan dikerah untuk mengingatkan pengunjung tentang keperluan mematuhi langkah pengurusa selamat. -
Duta jarak selamat akan dikerah untuk mengingatkan pengunjung tentang keperluan mematuhi langkah pengurusa selamat. - - FOTO: TIMOTHY DAVID

LEBIH banyak langkah pengurusan selamat telah diperkenalkan di Marina South Pier dan terminal feri Changi Point memandangkan lebih ramai orang mengunjungi Pulau Ubin dan Pulau-Pulau Selatan Singapura baru-baru ini, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Khamis (24 Dis).

Ini termasuk mengerahkan duta jarak selamat untuk mengingatkan pengunjung tentang keperluan mematuhi langkah demikian, kata MPA.

Langkah lain yang dilaksanakan termasuk menyediakan garisan khusus untuk beratur di kawasan yang mempunyai ramai orang seperti di dewan keberangkatan dan di jeti, lapor The Straits Times (ST). Lebih banyak tempat berlabuh di Marina South Pier juga disediakan semasa waktu sibuk pada hujung minggu agar dapat disesuaikan dengan bilangan perjalanan feri yang ditambah.

Langkah-langkah tersebut akan mengurangkan kesesakan, memandangkan terdapat bilangan penumpang yang meningkat pada hujung minggu yang ingin menuju ke Pulau-Pulau Selatan Singapura selepas sekatan perjalanan antarabangsa dikuatkuasakan akibat pandemik Covid-19.

MPA juga mengingatkan mereka yang ingin menyertai kegiatan rekreasi di laut untuk berwaspada terhadap bahaya yang bakal berlaku seperti ombak dan arus yang kuat, air dalam, perkara berbahaya dalam air dan kenderaan laut berdekatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg