Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lanjutan langkah 'Pemutus Litar': Apa yang perlu anda tahu...

Apr 22, 2020 | 9:18 AM
MEMBENDUNG PENULARAN KORONAVIRUS: Bagi memastikan Singapura terselamat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengarahkan langkah 'Pemutus Litar' dilanjutkan sehingga 1 Jun ini.
MEMBENDUNG PENULARAN KORONAVIRUS: Bagi memastikan Singapura terselamat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengarahkan langkah 'Pemutus Litar' dilanjutkan sehingga 1 Jun ini. - THE STRAITS TIMES

KEADAAN sedunia masih parah akibat penularan wabak koronavirus. Singapura tidak terkecuali.

Sejauh ini, republik ini telah mencatatkan 9,125 kes positif Covid-19, di mana 11 orang telah terkorban.

Sebahagian besar kes-kes berlaku di sini tertumpu kepada kelompok pekerja asing yang menginap di asrama atau dormitori pekerja.

Secara keseluruhannya sehingga 9 pagi ini, menurut Pusat Rujukan Koronavirus Universiti dan Perubatan John Hopkins, terdapat sejumlah 2,561,044 kes di seluruh dunia dengan 176,984 kematian sementara 679,819 telah pulih.

Bagi membendung penularan virus Covid-19 dan memastikan Singapura terselamat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengarahkan langkah 'Pemutus Litar' dilanjutkan sehingga 1 Jun ini.

Selain itu, mulai hari ini beberapa langkah tambahan dikenakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan:

  • Empat pasar: Pasar Geylang Serai, Pasar Chong Pang di Blok 104/105 Yishun Ring, pasar di Blok 20/21 Marsiling Lane dan pasar di Blok 505 Jurong West Street 52 membataskan kunjungan. Pemegang kad pengenalan dengan nombor terakhir genap (0, 2, 4, 6, 8) hanya boleh ke pasar itu pada tarikh genap. Mereka yang memegang kad pengenalan dengan nombor terakhir ganjil (1, 3, 5, 7, 9) hanya boleh ke pasar itu pada tarikh ganjil.
  • Semua kedai gunting dan dandanan rambut ditutup.
  • Kedai yang hanya jual makanan ringan dan minuman seperti 'bubble tea', air tauhu, kedai kek dan pencuci mulut Bengawan Solo, kedai aiskrim Haagen-Dazs antara contoh kedai tutup.
  • Kilang menghasilkan makanan ringan seperti coklat, kentang goreng (potato chip), keropok, aiskrim, manisan dan kek ditutup.
  • Mesin jual makanan ditutup.
  • Kedai jualan makanan haiwan peliharaan juga ditutup tetapi boleh dibeli secara dalam talian.
  • Kedai cermin mata hanya dibuka untuk temujanji sahaja
  • Semua tempat letak kereta di taman, kebun bunga dan taman semula jadi ditutup.
  • Kedai menjual makanan di taman-taman ditutup.
  • Musim cuti sekolah dipercepatkan. Akan bermula 5 Mei hingga 1 Jun.
  • Pembelajaran dari rumah dilanjutkan sehingga 4 Mei ini.
  • Cuti penggal seminggu kini beralih dari September ke 20 hingga 26 Julai.
  • Peperiksaan tengah tahun bagi bahasa ibunda akan dialihkan.
  • Peperiksaan GCE 'O' dan 'A' bagi Kertas 1 dan 2 untuk H1 MTL (Bahasa Ibunda) dialihkan ke 18 Jun.
  • Peperiksaan GCE 'O' dan Kertas 1 & 2 MTL 'B' untuk GCE 'A' akan dialihkan ke 19 Jun.
  • Peperiksaan Kefahaman Pendengaran untuk GCE 'O' serta MTL dan MTL B GCE 'A' dialihkan ke 27 Julai.

Empat pasar: Pasar Geylang Serai, Pasar Chong Pang di Blok 104/105 Yishun Ring, pasar di Blok 20/21 Marsiling Lane dan pasar di Blok 505 Jurong West Street 52 membataskan kunjungan. Pemegang kad pengenalan dengan nombor terakhir genap (0, 2, 4, 6, 8) hanya boleh ke pasar itu pada tarikh genap. Mereka yang memegang kad pengenalan dengan nombor terakhir ganjil (1, 3, 5, 7, 9) hanya boleh ke pasar itu pada tarikh ganjil.

Semua kedai gunting dan dandanan rambut ditutup.

Kedai yang hanya jual makanan ringan dan minuman seperti 'bubble tea', air tauhu, kedai kek dan pencuci mulut Bengawan Solo, kedai aiskrim Haagen-Dazs antara contoh kedai tutup.

Kilang menghasilkan makanan ringan seperti coklat, kentang goreng (potato chip), keropok, aiskrim, manisan dan kek ditutup.

Mesin jual makanan ditutup.

Kedai jualan makanan haiwan peliharaan juga ditutup tetapi boleh dibeli secara dalam talian.

Kedai cermin mata hanya dibuka untuk temujanji sahaja

Semua tempat letak kereta di taman, kebun bunga dan taman semula jadi ditutup.

Kedai menjual makanan di taman-taman ditutup.

Musim cuti sekolah dipercepatkan. Akan bermula 5 Mei hingga 1 Jun.

Pembelajaran dari rumah dilanjutkan sehingga 4 Mei ini.

Cuti penggal seminggu kini beralih dari September ke 20 hingga 26 Julai.

Peperiksaan tengah tahun bagi bahasa ibunda akan dialihkan.

Peperiksaan GCE 'O' dan 'A' bagi Kertas 1 dan 2 untuk H1 MTL (Bahasa Ibunda) dialihkan ke 18 Jun.

Peperiksaan GCE 'O' dan Kertas 1 & 2 MTL 'B' untuk GCE 'A' akan dialihkan ke 19 Jun.

Peperiksaan Kefahaman Pendengaran untuk GCE 'O' serta MTL dan MTL B GCE 'A' dialihkan ke 27 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg