Premium
Lanjutkan sahaja tempoh COE kereta lama
Jul 15, 2018 | 5:30 AM
JANGAN IKUT RESA: Haji Mohamed Taifoor berpendapat pemilik kereta wajar memanfaatkan harga COE yang rendah sekarang dengan menyambung COE kereta mereka bagi tempoh lima atau 10 tahun lagi. -
DUA pihak - pemilik kereta hampir 10 tahun dan mereka yang membeli kereta sekitar tiga atau empat tahun lalu - dijangka meraih untung ekoran harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang merosot awal bulan ini ke paras terendah sejak sekitar sedekad lalu.
Bagi pemilik kereta hampir 10 tahun, mereka boleh memanfaatkan harga COE yang rendah itu dengan melanjutkan hayat kereta mereka bagi tempoh lima atau 10 tahun lagi.

