Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lapan dalam 10 warga Singapura bimbang tentang menua: Kajian

Oct 18, 2016 | 10:59 AM
Kira-kira separuh responden bersedia tinggal di rumah penjagaan, tetapi hanya dua daripada lima sanggup menghantar orang yang disayangi ke situ.
Kira-kira separuh responden bersedia tinggal di rumah penjagaan, tetapi hanya dua daripada lima sanggup menghantar orang yang disayangi ke situ. - GAMBAR FAIL BH

LAPAN dalam 10 warga Singapura bimbang tentang menua, menurut dapatan sebuah kaji selidik yang dikeluarkan pada Selasa (18 Okt).

Kebimbangan paling utama mereka ialah apakah mereka boleh menjaga diri sendiri apabila tua. Kedua ialah kebimbangan kewangan, iaitu kebimbangan kehabisan simpanan.

Hampir 1,000 warga Singapura berusia 30 hingga 75 tahun ditemuramah bagi kaji selidik itu, yang ditugaskan oleh koperasi insurans NTUC Income dan pertubuhan dermawan Yayasan Lien.

Kaji selidik itu juga mendapati hampir lapan dalam 10 warga Singapura lebih suka tua di rumah sendiri, selaras dengan usaha pemerintah menggalak rakyat Singapura "tua di tempat sendiri", atau menghabiskan umur senja di rumah sendiri.

Kira-kira separuh responden bersedia tinggal di rumah penjagaan, tetapi hanya dua daripada lima sanggup menghantar orang yang disayangi ke situ.

Kaji selidik itu mendapati dalam kalangan mereka yang bersedia tinggal di rumah orang tua, sembilan dalam 10 lebih suka bilik katil bujang atau dua orang, yang pada masa ini tidak layak mendapat subsidi pemerintah.

NTUC Income juga melancarkan pada Selasa sempena pengumuman dapatan kaji selidik itu pelan insurans baru yang meliputi penyakit tua seperti penyakit Parkinson, demensia dan penyakit Alzheimer.

Pelan baru itu memberi perlindungan hingga umur 100 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg