Topik diikuti
Pergi ke BHkuLapan pendidik terima Anugerah Presiden bagi Guru
Seramai lapan pendidik menerima Anugerah Presiden bagi Guru tahun ini daripada Presiden Tharman Shanmugaratnam di Hotel Fairmont pada 3 September.
Ditubuhkan sejak 1998, anugerah itu merupakan pengiktirafan tertinggi bagi golongan pendidik dan mengiktiraf dedikasi dan sumbangan para pendidik terhadap pembangunan pelajar.
Penerima tahun ini dipilih daripada 18 finalis, dengan dua pendidik Melayu turut tersenarai sebagai penerima – Guru Kanan bagi Keperluan Pembelajaran dan Pelajar Darjah Rendah di Sekolah Rendah Si Ling, Cikgu Hafizah Mahmud, serta pensyarah Politeknik Ngee Ann, Cik Mis’Rohaiza Amin.
Secara keseluruhan, 5,125 pendidik daripada 308 sekolah dan tujuh institusi pendidikan posmenengah dicalonkan bagi anugerah tersebut.
Sebagai sebahagian daripada pengiktirafan itu, penerima anugerah berpeluang menyertai program pembelajaran di luar negara sebelum berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diraih bersama warga pendidikan.
Para finalis pula menerima geran untuk menghadiri persidangan, seminar atau kursus sama ada di dalam atau luar negara.
