Topik diikuti
Pergi ke BHkuLapangan Terbang Changi akan benarkan penumpang transit mulai 2 Jun

May 21, 2020 | 5:30 AM
Lapangan Terbang Changi akan benarkan penumpang transit mulai 2 Jun
SINGAPURA akan membenarkan pelawat transit menerusi Lapangan Terbang Changi secara berperingkat mulai 2 Jun, umum Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam.
Langkah ini sebahagian daripada strategi negara ini bertahap-tahap membuka semula pengangkutan udara bagi memenuhi keperluan ekonomi dan penduduk, sambil memastikan perlindungan mencukupi bagi perjalanan selamat di tengah-tengah pandemik koronavirus Covid-19 sedunia.