Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lapangan Terbang Changi dijangka lebih 'sibuk'...

Oct 19, 2021 | 5:30 AM
PAKAI PPE SEBELUM BERANGKAT: Beberapa individu dilihat memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) penuh sambil mendaftar masuk di kaunter Singapore Airlines di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM
PAKAI PPE SEBELUM BERANGKAT: Beberapa individu dilihat memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) penuh sambil mendaftar masuk di kaunter Singapore Airlines di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

BEBERAPA orang dengan pakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) penuh dilihat di kaunter check-in di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam.

Keadaan lapangan terbang dijangka lebih sibuk hari ini sedang lanjutan perjalanan bebas kuarantin ke lapan lagi negara bermula hari ini.

Di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL), rakyat Singapura boleh ke Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat, manakala pelawat dari negara-negara itu juga boleh ke Singapura.

Sebelum ini, Jerman dan Brunei merupakan dua negara pertama di bawah VTL.

Ia merupakan langkah terbesar Singapura ke arah pembukaan semula sempadannya setelah pandemik Covid-19 menghentikan perjalanan Mac tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg