Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lapangan Terbang Changi kelima tersibuk di dunia pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi kelima tersibuk di dunia pada 2023

Dec 22, 2023 | 07:39 PM



Lapangan Terbang Changi telah disenaraikan sebagai lapangan terbang antarabangsa kelima tersibuk di dunia pada 2023 berdasarkan kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan.

Malah, penerbangan antara Singapura dan Kuala Lumpur, yang berlangsung sekitar satu jam, mendahului senarai untuk laluan udara antarabangsa tersibuk di dunia.

Laluan Jakarta-Singapura dan Bangkok-Singapura juga antara yang tersibuk di dunia, masing-masing berada di kedudukan ketujuh dan kesembilan dalam senarai 10 laluan udara antarabangsa tersibuk.

Kedudukan itu dikeluarkan oleh penyedia data penerbangan OAG Aviation pada 21 Disember dan disusun menggunakan maklumat berdasarkan tempat duduk disediakan syarikat penerbangan.

Secara keseluruhannya, tujuh daripada 10 laluan udara antarabangsa tersibuk di dunia berada di Asia-Pasifik. Ini merupakan petanda pemulihan pesat yang dicapai oleh rantau itu sepanjang tahun lalu selepas ketinggalan di belakang negara lain kerana lewat membuka semula sempadan disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut OAG, Lapangan Terbang Changi mencatatkan jumlah kapasiti tempat duduk antarabangsa sebanyak 36.1 juta pada 2023.

Jumlah itu adalah 66 peratus lebih tinggi daripada 21.7 juta tempat duduk pada 2022 apabila ia menduduki tempat kelapan dalam carta OAG untuk lapangan terbang antarabangsa tersibuk. Namun, jumlah itu 15 peratus kurang daripada 42.5 juta tempat duduk pada 2019, apabila lapangan terbang itu menduduki kedudukan keempat sebelum Covid- 19 melanda.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mengekalkan kedudukan sebagai lapangan terbang antarabangsa tersibuk di dunia pada 2023 dengan 56.5 juta tempat duduk. Ia sebelum ini mengekalkan kedudukan itu, berdasarkan kapasiti tempat duduk, pada 2022 dan 2019.

Lapangan Terbang Heathrow di London menduduki kedudukan kedua pada 2023 dengan 46.5 juta tempat duduk, diikuti Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam dengan 37.2 juta tempat duduk.

Satu-satunya lapangan terbang antarabangsa lain di Asia Pasifik yang menduduki kedudukan 10 teratas ialah Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Korea Selatan, yang menduduki kedudukan ketujuh dengan 33.7 juta tempat duduk.

Untuk laluan udara penerbangan antarabangsa pula, laluan Kuala Lumpur-Singapura mencatatkan 4.89 juta tempat duduk pada 2023, naik 50 peratus daripada 2022, tetapi 12 peratus rendah daripada jumlah tempat duduk pada 2019.

Laluan Jakarta-Singapura mencatatkan 3.91 juta tempat duduk pada 2023, 81 peratus lebih tinggi daripada 2022 tetapi 29 peratus lebih rendah daripada 2019.

Sementara itu, Bangkok-Singapura mencatatkan 3.48 juta tempat duduk pada 2023, naik 47 peratus daripada 2022, tetapi turun 9 peratus berbanding 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >