Topik diikuti
Pergi ke BHkuLapangan Terbang Changi mulakan pengambilan kerja besar-besaran untuk isi 6,600 tempat kosong
Lapangan Terbang Changi mulakan pengambilan kerja besar-besaran untuk isi 6,600 tempat kosong
Lapangan Terbang Changi mulakan pengambilan kerja besar-besaran untuk isi 6,600 tempat kosong
LAPANGAN Terbang Changi sedang berusaha mengambil 6,600 pekerja, sedang ia memulakan antara usaha pengambilan kerja terbesarnya untuk memanfaatkan sepenuhnya pemulihan dalam perjalanan udara. Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya pada malam Selasa (17 Mei) berkata orang ramai akan diambil kerja di lokasi Pameran Kerjaya One Aviation yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura pada Jumaat dan Sabtu depan. Lebih 20 syarikat penerbangan akan mengadakan temu duga di lokasi. Pengambilan pekerja akan tertumpu kepada mengisi jawatan perkhidmatan penumpang barisan hadapan, serta peranan yang baru diwujudkan dalam inovasi dan teknologi. Pekerja di belakang tabir seperti pengendali lapangan (ground handler) juga akan mendapat permintaan tinggi, dengan kedua-dua Sats dan Dnata mencari lebih ramai kakitangan. Terdapat juga jawatan kosong dalam pasukan jaminan kualiti, yang memeriksa bahan cemar makanan di peringkat mikrob, dan untuk perkhidmatan kecemasan lapangan terbang dan pegawai keselamatan siber. "Pada kadar pertumbuhan ini, Changi dijangka mendapat semula lebih separuh daripada jumlah penumpang sebelum Covid-19 pada 2022," kata CAG. Sektor pengangkutan udara kehilangan sekitar satu suku ke satu pertiga daripada pekerja lapangan terbangnya semasa wabak itu. Dengan perjalanan udara segera kembali ke tahap sebelum Covid-19 - menjelang 2023, menurut anggaran oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa - CAG memastikan ia meningkatkan kapasitinya seiring, supaya kekurangan tenaga manusia tidak menjadi faktor pengehad dalam cita-cita Changi untuk memulihkan status hab udaranya. CAG sudah pun terpaksa menjadualkan semula "sebilangan kecil penerbangan" untuk menjarakkannya semasa waktu sibuk. Pemerhati juga berkata CAG meluluskan penerbangan dengan lebih berhati-hati, walaupun syarikat penerbangan kini bergegas untuk sekali lagi menggunakan slot yang telah mereka kosongkan dalam dua tahun lalu. Walaupun mengisi 6,600 kekosongan jawatan tidak akan mengembalikan tahap pekerjaan penerbangan ke tahap 2019, ia adalah usaha sedemikian pertama industri itu dalam dua tahun. CAG berkata rakan kongsi lapangan terbangnya menawarkan gaji yang kompetitif, insentif yang baik dan prospek kerjaya yang lebih baik. Singapore Airlines telah berkata ia akan memulihkan secara beransur-ansur gaji asas juruterbangnya ke tahap sebelum Covid-19 menjelang Januari tahun depan.
LAPANGAN Terbang Changi sedang berusaha mengambil 6,600 pekerja, sedang ia memulakan antara usaha pengambilan kerja terbesarnya untuk memanfaatkan sepenuhnya pemulihan dalam perjalanan udara.
Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya pada malam Selasa (17 Mei) berkata orang ramai akan diambil kerja di lokasi Pameran Kerjaya One Aviation yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura pada Jumaat dan Sabtu depan.
Lebih 20 syarikat penerbangan akan mengadakan temu duga di lokasi.
Pengambilan pekerja akan tertumpu kepada mengisi jawatan perkhidmatan penumpang barisan hadapan, serta peranan yang baru diwujudkan dalam inovasi dan teknologi.
Pekerja di belakang tabir seperti pengendali lapangan (ground handler) juga akan mendapat permintaan tinggi, dengan kedua-dua Sats dan Dnata mencari lebih ramai kakitangan.
Terdapat juga jawatan kosong dalam pasukan jaminan kualiti, yang memeriksa bahan cemar makanan di peringkat mikrob, dan untuk perkhidmatan kecemasan lapangan terbang dan pegawai keselamatan siber.
"Pada kadar pertumbuhan ini, Changi dijangka mendapat semula lebih separuh daripada jumlah penumpang sebelum Covid-19 pada 2022," kata CAG.
Sektor pengangkutan udara kehilangan sekitar satu suku ke satu pertiga daripada pekerja lapangan terbangnya semasa wabak itu.
Dengan perjalanan udara segera kembali ke tahap sebelum Covid-19 - menjelang 2023, menurut anggaran oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa - CAG memastikan ia meningkatkan kapasitinya seiring, supaya kekurangan tenaga manusia tidak menjadi faktor pengehad dalam cita-cita Changi untuk memulihkan status hab udaranya.
CAG sudah pun terpaksa menjadualkan semula "sebilangan kecil penerbangan" untuk menjarakkannya semasa waktu sibuk. Pemerhati juga berkata CAG meluluskan penerbangan dengan lebih berhati-hati, walaupun syarikat penerbangan kini bergegas untuk sekali lagi menggunakan slot yang telah mereka kosongkan dalam dua tahun lalu.
Walaupun mengisi 6,600 kekosongan jawatan tidak akan mengembalikan tahap pekerjaan penerbangan ke tahap 2019, ia adalah usaha sedemikian pertama industri itu dalam dua tahun.
CAG berkata rakan kongsi lapangan terbangnya menawarkan gaji yang kompetitif, insentif yang baik dan prospek kerjaya yang lebih baik.
Singapore Airlines telah berkata ia akan memulihkan secara beransur-ansur gaji asas juruterbangnya ke tahap sebelum Covid-19 menjelang Januari tahun depan.