Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laporan urus estet: Semua 17 majlis bandaran raih penilaian tertinggi

Jun 27, 2024 | 6:42 PM
Kementerian Pembangunan Negara menyatakan prestasi kesemua 17 majlis bandaran menjadi bertambah baik sejak tahun kewangan 2022.
Kementerian Pembangunan Negara menyatakan prestasi kesemua 17 majlis bandaran menjadi bertambah baik sejak tahun kewangan 2022. - Foto ST

Semua majlis bandaran menerima penilaian tertinggi dalam laporan pengurusan majlis bandaran terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada 27 Jun.

Buat pertama kali sejak pemerintah mengeluarkan laporan tersebut pada 2010, kesemua 17 majlis bandaran di sini menerima penilaian hijau dalam semua empat kategori yang dinilai, iaitu kebersihan estet, penyelenggaraan estet, prestasi lif, dan pengurusan tunggakan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC).

Laporan operasi terkini adalah bagi tahun kewangan (FY) 2023 dari April 2023 hingga Mac 2024.

Satu laporan berasingan yang menilai tadbir urus korporat dan kawalan dalaman majlis bandaran bagi tempoh sama akan diterbitkan pada akhir tahun ini.

MND menyatakan bahawa markah tersebut menunjukkan bahawa prestasi kesemua majlis bandaran menjadi bertambah baik sejak tahun kewangan 2022, lapor The Straits Times (ST).

Dalam laporan sebelum ini, Majlis Bandaran Sengkang menerima penilaian ‘ambar’ bagi pengurusan tunggakan S&CC, manakala majlis bandaran lain menerima penilaian hijau untuk semua kategori.

Dalam laporan itu, majlis bandaran diberi penilaian ‘hijau’ (baik), ‘ambar’ (kurang baik) atau ‘merah’ (perlu diperbaiki)  bagi empat kategori berdasarkan kriteria yang boleh diukur dan matlamat yang digariskan majlis bandaran dan melalui pemeriksaan estet perumahan oleh HDB.

Untuk mendapat penilaian hijau bagi kebersihan estet, contohnya, majlis bandaran mesti mempunyai kurang daripada empat “pemerhatian kebersihan” bagi setiap blok.

Ini termasuk kewujudan kotoran, sampah sarap, sampah berat yang lebih besar, dan grafiti, dengan markah diberi bergantung pada berapa teruk masalah tersebut.

Majlis bandaran diberi penilaian ‘hijau’ bagi pengurusan tunggakan bayaran, jika kurang daripada 40 peratus daripada S&CC bulanannya tertunggak, dan kurang daripada empat dalam 100 isi rumah mempunyai bayaran tertunggak selama tiga bulan atau lebih.

Walaupun semua majlis bandaran mendapat penilaian hijau bagi kebersihan tahun ini, isu kekotoran dan sampah sarap terus menjadi masalah utama, membentuk sekitar dua pertiga daripada pemerhatian di semua estet dalam kategori itu.

Di bawah penyelenggaraan estet, kewujudan barangan yang menjadi penghalang di ruang yang dikongsi bersama, terus menjadi masalah utama, membentuk sekitar separuh daripada pemerhatian penyelenggaraan pada tahun kewangan 2023.

MND memperkenal laporan pengurusan majlis bandaran pada 2009 untuk memberi penduduk maklumat objektif mengenai beberapa bidang penting dalam pengurusan estet.

Laporan tersebut juga membantu mereka berinteraksi dengan majlis bandaran masing-masing berkenaan perkara tersebut, untuk menambah baik keadaan estet perumahan dengan peredaran masa, menurut lelaman MND.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg