Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Larian' terhenti tapi bangkit tangani cabaran barah, lulus GCE 'O'

Jan 13, 2022 | 5:30 AM
KONGSI KEJAYAAN: Alea berkata keluarganya termasuk bapanya, Encik Osman Hassan (di sebelahnya), banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan beliau dapat terus bangkit dengan semangat baru selepas menjalani dua pembedahan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
KONGSI KEJAYAAN: Alea berkata keluarganya termasuk bapanya, Encik Osman Hassan (di sebelahnya), banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan beliau dapat terus bangkit dengan semangat baru selepas menjalani dua pembedahan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

KEHIDUPANNYA yang dahulunya aktif dengan kegiatan berlari dan melompat di trek dan balapan tiba-tiba terhenti.

Bukan satu, tapi hingga dua pembedahan yang perlu dilalui pelajar Sekolah Menengah Perempuan Cedar, Alea Hidayati Osman, semasa dia berada di menengah dua.

Anak kepada pemandu kereta privet sewa dan guru sekolah rendah itu mengalami ketumbuhan pada tulang belakang dan otaknya.

Akibat pembedahan itu, dia juga perlu melalui lebih 20 sesi terapi radioterapi.

Tetapi semalam, Alea dapat mengukir senyum panjang dan bersyukur kerana meski perlu melalui detik pahit itu, dia masih mampu meraih markah baik dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'.

Kohort 2021 yang menduduki peperiksaan nasional itu menunjukkan prestasi terbaik dengan 85.6 peratus lulus lima subjek atau lebih, satu kenaikan daripada 85.4 peratus pada 2020.

Di madrasah pula, sejumlah 275 calon telah menduduki peperiksaan itu di lima madrasah sepenuh masa di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg