Lasak, kotor tapi tukang paip juga boleh jadi karyawan berjaya
Lasak, kotor tapi tukang paip juga boleh jadi karyawan berjaya

MUNGKIN tidak ramai yang ingin melakukan tugas sebagai tukang paip seperti yang dilakukan Encik Shaik Nazeemuddin Shaik Hussain kerana ia dianggap dan dipandang kotor.
Namun, kemahiran yang dimiliki Encik Shaik Nazeemuddin ini sebenarnya sentiasa amat diperlukan dan berharga.
Bahkan ramai yang tidak tahu bahawa terdapat prospek cerah bagi kerja pertukangan ini.
Walaupun tidak dinafikan kerja sebagai seorang tukang paip memang mencabar terutamanya pada permulaan kerjaya, namun terdapat pelbagai pengkhususan yang boleh diceburi.
Individu juga boleh menyaksikan gaji mereka bertambah, bahkan boleh mencapai "lima angka", sedang pengalaman yang diraih semakin meluas dan kemahiran diperolehi semakin mendalam, kata Encik Shaik Nazeemuddin.
Berkat kerja kerasnya itu, Encik Shaik Nazeemuddin kini menyandang jawatan selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat tukang paip, Jetters Incz.
Tukang paip merupakan antara contoh yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada April 2023 bagi pekerjaan yang boleh dikaryawankan agar ia boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional.
Encik Shaik Nazeemuddin berkata: "Kerja tukang paip ini memang lasak dan kotor. Tetapi sebenarnya, prospek industri ini cerah dan banyak cabang yang boleh diceburi, dengan banyak teknologi digunakan hari ini.
"Mereka perlu ada komitmen dalam industri ini."
Laporan lanjut Sistem Meritokrasi Singapura:
- Perlu semak sistem pendidikan bagi perluas takrif meritokrasi di S'pura: Pengamat
- Politeknik tidak patut dianggap laluan pendidikan 'kelas kedua'
- Dibuang sekolah tidak hambat jaya tubuh syarikat sendiri
- Membanting tulang sebelum raih kejayaan
- Impian tercapai meski tabah hadapi kerja 'kotor' selama 40 tahun

