Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Latihan atasi tumpahan kimia di Linkedua Tuas 26 Jul

Jul 19, 2023 | 6:38 PM
LATIHAN TANGANI KECEMASAN: Gambar merakam latihan bagi menangani kecemasan di Linkedua Tuas pada 2017. Latihan pada 26 Julai dari 6 pagi hingga 2 petang pula berupa tindakan menangani limpahan bahan kimia.
LATIHAN TANGANI KECEMASAN: Gambar merakam latihan bagi menangani kecemasan di Linkedua Tuas pada 2017. Latihan pada 26 Julai dari 6 pagi hingga 2 petang pula berupa tindakan menangani limpahan bahan kimia. - Foto fail

Pemandu yang merancang menggunakan Linkedua Tuas pada 26 Julai harus menjangkakan beberapa lencongan lalu lintas berikutan latihan kecemasan tumpahan bahan kimia yang dijadual berlangsung pada hari itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada Rabu bahawa ia akan mengadakan latihan tumpahan kimia dua hala itu dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan beberapa agensi lain.

Ia akan berlangsung dari 6 pagi hingga 2 petang, melibatkan lencongan trafik.

Pemandu harus mengikut arahan pengawal trafik yang akan ditempatkan di situ, kata NEA.

Menurut The Straits Times, latihan itu berupa simulasi kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa bahan kimia dengan kenderaan lain, mengakibatkan limpahan bahan kimia di sepanjang Linkedua Tuas.

Pemandu kenderaan dinasihatkan agar mengelak Linkedua Tuas sepanjang tempoh latihan dan mendengar stesen radio Singapura untuk pengumuman maklumat trafik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg