Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Latihan ketenteraan perlu diteruskan dengan langkah selamat walau dalam pandemik: Zaqy

Oct 1, 2020 | 5:03 PM
LANGKAH KESELEMATAN TAMBAHAN: Para rekrut yang menjalani latihan ketenteraan di BMTC memerhatikan langkah keselamatan kesihatan tambahan seperti memakai pelitup dan menjaga jarak selamat antara satu sama lain. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
LANGKAH KESELEMATAN TAMBAHAN: Para rekrut yang menjalani latihan ketenteraan di BMTC memerhatikan langkah keselamatan kesihatan tambahan seperti memakai pelitup dan menjaga jarak selamat antara satu sama lain. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

KESEDIAAN pertahanan Singapura amat penting, tidak kira sama ada dalam situasi pandemik ataupun tidak.

Oleh itu, adalah wajar bagi latihan ketenteraan diteruskan sedang negara terus menentang wabak Covid-19.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata Singapura harus menjaga kesediaan operasi supaya latihan dan kesediaan kita tidak terjejas oleh Covid-19.

Namun, langkah-langkah keselamatan masih perlu dikuatkuasa dan dititikberatkan, jelas beliau setelah melawat Pusat Latihan Tentera Asas (BMTC) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Khamis pagi (1 Oktober).

"Di sini kita melakarkan pelbagai peraturan dan kaedah supaya kita dapat memastikan tentera-tentera kita berlatih dalam keadaan selamat dan sihat, dan ini ialah keutamaan kita supaya tidak terjadi sebarang penularan wabak," ujarnya.

Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata latihan ketenteraan akan meningkat secara progresif dalam beberapa bulan mendatang, dengan adanya langkah-langkah keselamatan Covid-19.

Ini termasuk memastikan pengambilan suhu badan dua kali setiap hari, meningkatkan amalan kebersihan dan memisahkan rekrut kepada beberapa kumpulan lebih kecil.

Rekrut atau pelatih yang menunjukkan sebarang tanda jangkitan pernafasan akut juga akan diasingkan dan diuji bagi Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg