Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawatan Panglima Tentera Laut M'sia perkukuh jalinan

Mar 8, 2023 | 5:30 AM
PERKUKUH HUBUNGAN: Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob bertemu Dr Ng Eng Hen (kiri) dan membincangkan kerjasama pertahanan mengenai cabaran keselamatan di rantau ini. Laksamana Rahman memeriksa kawalan kehormatan di Kementerian Pertahanan sebelum bertemu Panglima Angkatan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng. - Foto-foto MINDEF
PERKUKUH HUBUNGAN: Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob bertemu Dr Ng Eng Hen (kiri) dan membincangkan kerjasama pertahanan mengenai cabaran keselamatan di rantau ini. Laksamana Rahman memeriksa kawalan kehormatan di Kementerian Pertahanan sebelum bertemu Panglima Angkatan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng. - Foto-foto MINDEF -

PANGLIMA Tentera Laut Malaysia, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob, bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pagi Selasa, dalam rangka lawatan beliau ke Singapura.

Sewaktu pertemuan mereka, Dr Ng dan Laksamana Rahman menegaskan lagi kepentingan mengekalkan pertalian kukuh antara Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (RMN), dan membincangkan kerjasama pertahanan mengenai cabaran keselamatan yang biasa di rantau ini.

Laksamana Rahman, yang berkunjung ke Singapura selama tiga hari hingga Selasa, turut bertemu Panglima Angkatan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng, setelah memeriksa kawalan kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef), menurut kementerian itu dalam satu kenyataannya.

Sebagai sebahagian lawatan beliau, Laksamana Rahman berkunjung ke RSS Singapura-Pangkalan Tentera Laut Changi pada Isnin, di mana beliau telah meninjau Frigat kelas Formidable RSS Tenacious RSN serta kemudahan latihan lain di sana.

"Kunjungan Laksamana Rahman menegaskan hubungan pertahanan dua hala antara Singapura dan Malaysia yang mesra dan terjalin sekian lama.

"RSN dan RMN berinteraksi secara tetap menerusi latihan dua hala, kunjungan, pertukaran profesional, kehadiran silang kursus, serta menerusi wadah berbilang hala seperti Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Rondaan Selat Melaka.

"Interaksi ini memperkukuh hubungan profesional serta persefahaman antara dua tentera laut ini," kata Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg