PRESIDEN Halimah Yacob telah memohon kepada pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, untuk menambah kuota haji Singapura.

Menurut Puan Halimah, beliau telah memberitahu Raja Salman bahawa Muslim di Singapura perlu menunggu lama untuk menunaikan haji dan Raja Salman berkata perkara itu akan dipertimbangkan.