Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawatan Presiden Rwanda ke Singapura pererat hubungan dua hala

Sep 30, 2022 | 5:57 PM
HUBUNGAN DUA HALA: Encik Kagame yang bertemu dengan Puan Halimah telah berbincang tentang pelbagai isu termasuk perang di Ukraine serta ketegangan geopolitik yang kian membentuk semula hubungan antarabangsa.
HUBUNGAN DUA HALA: Encik Kagame yang bertemu dengan Puan Halimah telah berbincang tentang pelbagai isu termasuk perang di Ukraine serta ketegangan geopolitik yang kian membentuk semula hubungan antarabangsa. - Foto MCI OLEH Lim Sin Thai

PRESIDEN Rwanda, Encik Paul Kagame, telah bertemu dengan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, di Istana hari ini.

Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah berkata mereka telah berbincang tentang pelbagai isu termasuk perang di Ukraine serta ketegangan geopolitik yang kian membentuk semula hubungan antarabangsa.

"Kami bersetuju bahawa institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai peranan penting dalam memastikan keamanan dunia walaupun banyak negara mendapati ada keperluan bagi reformasi untuk memastikan ia lebih berkesan," ujarnya.

Tambahnya, Singapura dan Rwanda juga mempunyai hubungan baik dan bekerja rapat di forum antarabangsa sebagai negara kecil.

Puan Halimah turut mengalu-alukan usaha mempertingkat hubungan antara Singapura dengan Rwanda, khususnya dalam bidang yang penting bagi kedua-dua negara termasuk inovasi dan kerjasama ekonomi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg