Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lawrence mula lawatan ke Msia dengan 'diplomasi gitar' bersama Menteri Kewangan

Sep 5, 2022 | 7:29 PM
DILAYAN MESRA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) bermain gitar bersama Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG
DILAYAN MESRA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) bermain gitar bersama Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG -

TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memulakan lawatannya ke Malaysia dengan 'diplomasi gitar'. Encik Wong yang kini sedang mengadakan lawatan ke Malaysia dari Ahad (4 Sep) hingga Rabu (7 Sep) telah bertemu dengan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Memuat naik gambar beliau bersama Tengku Zafrul bermain gitar di laman Facebook beliau, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan, berkata: "Inilah yang berlaku apabila Menteri Kewangan Singapura dan Malaysia bersama. "Kami bermain muzik dengan gitar yang dibuat di (Singapura dan Malaysia). Saya bermain (gitar) yang diperbuat di Malaysia manakala (Tengku Zafrul) bermain (gitar) yang diperbuat di Singapura!" Encik Wong turut mengucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul atas layanan mesra oleh beliau dan isterinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg