LBKM tokok $300,000 galak pelajar teroka perkomputeran di NUS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LBKM tokok $300,000 galak pelajar teroka perkomputeran di NUS

Mar 10, 2021 | 5:30 AM

LBKM tokok $300,000 galak pelajar teroka perkomputeran di NUS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BIASISWA EKONOMI MASA DEPAN LBKM: Profesor Mohan S Kankanhalli, Dekan Sekolah Perkomputeran NUS (dua dari kiri) menerima cek daripada Encik Suhaimi Salleh, Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (dua dari kanan) di NUS semalam. Biasiswa itu bertujuan menarik lebih ramai pelajar meneroka bidang yang sedang membangun. - Foto BH oleh YONG LI XUAN
BIASISWA EKONOMI MASA DEPAN LBKM: Profesor Mohan S Kankanhalli, Dekan Sekolah Perkomputeran NUS (dua dari kiri) menerima cek daripada Encik Suhaimi Salleh, Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (dua dari kanan) di NUS semalam. Biasiswa itu bertujuan menarik lebih ramai pelajar meneroka bidang yang sedang membangun. - Foto BH oleh YONG LI XUAN -

LEMBAGA Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah menokok $300,000 kepada biasiswa yang bertujuan menggalak lebih ramai anak Melayu/Islam meneroka bidang sedang membangun seperti perkomputeran.

Sejak dimulakan pada 2017, Biasiswa Ekonomi Masa Depan itu yang merupakan kerjasama Sekolah Perkomputeran di Universiti Nasional Singapura (NUS), telah dianugerahkan kepada sembilan mahasiswa, yang masing-masing menerima $5,000.

Semasa majlis penyampaian cek yang diadakan di Sekolah Perkomputeran NUS semalam, Presiden LBKM, Encik Suhaimi Salleh, berkata perkembangan tersebut menggariskan haluan baru dalam mengembangkan biasiswa yang ditawarkan LBKM dengan kerjasama institusi pendidikan berprestij.

Ia juga memperkukuhkan lagi kedudukan LBKM sebagai sebuah badan bantuan yang menyokong pendidikan pelajar Melayu/Islam setempat, kata Encik Suhaimi.

"Dengan dana ini, ia dapat menyokong lebih banyak disiplin baru, terutama sekali disiplin-disiplin yang membolehkan pelajar yang berbakat untuk menjadi lebih bersedia bagi masa hadapan.

"Kerjasama dengan NUS ini bukan sahaja strategik. Kami berkongsi matlamat dalam memupuk bakat-bakat muda untuk menjadi pemimpin di dalam bidang yang dipilih dan berbakti kepada masyarakat serta negara," ujar beliau

Dekan Sekolah Perkomputeran NUS, Profesor Mohan S Kankanhalli, turut bersependapat dengan Encik Suhaimi.

"Saya amat berterima kasih kepada LBKM kerana sokongan kuat yang diberikan, supaya lebih ramai pelajar yang cemerlang dari masyarakat Melayu akan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Perkomputeran kami...

"Saya juga berharap penerima biasiswa ini akan menjadi contoh kepada masyarakat. Maka, adalah penting kami menarik pelajar cemerlang yang akan membentuk dan menentukan masa depan bidang perkomputeran, dan juga masa depan masyarakat," ujar Profesor Kankanhalli.

Turut hadir di majlis pemberian cek semalam ialah penerima biasiswa, Encik Fauzan Adipratama Yusman, 24 tahun, seorang mahasiswa tahun terakhir.

Menurut Encik Fauzan, yang menerima biasiswa itu pada 2019, bantuan wang itu telah membantu beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajarannya tanpa perlu bimbang tentang perbelanjaan sekolah.

"Dengan biasiswa ini, ibu bapa saya tidak perlu risau tentang kos pembelajaran saya. Sebaliknya, mereka boleh memberi tumpuan kepada adik saya yang mempunyai kesukaran belajar dan memerlukan penjagaan khas," kata Encik Fauzan, anak sulung empat beradik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg