Le Le dipilih sebagai nama panda cilik yang lahir di SG...
Le Le dipilih sebagai nama panda cilik yang lahir di SG...
Dec 30, 2021 | 5:30 AM

NAMA DIDEDAHKAN: Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat (atas), bersama rakan sejawatannya dari China, Encik Han Zheng (tiada dalam gambar, yang menyertai acara secara dalam talian), merasmikan nama anak panda Le Le sempena mesyuarat JCBC ke-17 dan mesyuarat Majlis Pemandu Bersama berkaitan yang diadakan semalam. - Foto ZAOBAO -
NAMA beruang panda cilik yang dilahirkan di Taman River Wonders akhirnya didedahkan kepada awam, dengan haiwan berbulu hitam putih comel itu dipanggil Le Le.
Huruf 'Le' itu berasal daripada perkataan Shi Le Po, iaitu nama kuno dalam bahasa Cina untuk Singapura, yang merupakan transliterasi bagi perkataan bahasa Melayu 'selat'.
Nama rasmi panda itu, yang mendapat lebih 31,000 daripada 64,000 undian oleh orang awam, didedahkan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan Timbalan Perdana Menteri China, Encik Han Zheng, sempena mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-17 dan mesyuarat Majlis Pemandu Bersama berkaitan semalam.

