Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 10 badan masyarakat gembleng tenaga bantu keluarga memerlukan

Feb 25, 2019 | 5:30 AM
Lebih 10 badan masyarakat gembleng tenaga bantu keluarga memerlukan
LEBIH 10 pertubuhan masyarakat menggembleng tenaga untuk membangunkan satu rangka program yang bertujuan memenuhi keperluan penduduk kurang bernasib baik di Bukit Gombak.
Digelar Adopt@Bukit Gombak, inisiatif itu dianjurkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West, Pertubuhan Akar Umbi Bukit Gombak, Jawatankuasa Penduduk Keat Hong Axis-Colours, Bukit Panjang Gospel Chapel, badan kebajikan Daughters Of Tomorrow, Perkhidmatan Masyarakat Fei Yue, Pejabat Perkhidmatan Sosial@Chua Chu Kang, dan MENDAKI@Choa Chu Kang.