Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 1,000 kerja kosong di pameran kerjaya maya Mendaki Sense

Pelbagai acara bantu pencari kerja dijalankan sempena bulan 'Raikan Ilmu' Mendaki
Oct 19, 2021 | 5:30 AM
CERAHKAN PELUANG DAPAT KERJA: Peserta webinar mengenai cara memanfaatkan dan membina rangkaian menerusi wadah dalam talian LinkedIn anjuran Mendaki Sense pada 14 Oktober. - Foto MENDAKI SENSE
CERAHKAN PELUANG DAPAT KERJA: Peserta webinar mengenai cara memanfaatkan dan membina rangkaian menerusi wadah dalam talian LinkedIn anjuran Mendaki Sense pada 14 Oktober. - Foto MENDAKI SENSE -

SEBUAH pameran kerjaya maya anjuran Mendaki Sense kini menawarkan lebih 1,000 kerja kosong dalam sektor pertumbuhan seperti teknologi infokom, logistik, dan perkhidmatan profesional.

Acara dari 15 hingga 21 Oktober itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada bulan Raikan Ilmu oleh Yayasan Mendaki. Sejauh ini 120 peserta telah log masuk pameran kerjaya itu, kata Mendaki semalam.

Selain itu, satu siri webinar diadakan dengan 175 orang menyertai enam daripada 10 webinar itu sejauh ini.

Antaranya, acara Supercharge Your Job Search pada 6 Oktober menyediakan sumber bagi pencari kerja meningkatkan keyakinan mereka dalam mencari kerja serta mengasah kemahiran mencari kerja.

Peserta belajar cara mengenal pasti permintaan pekerjaan dan kemahiran dalam sektor sudah tumbuh dan mencari peluang pekerjaan relevan menggunakan pelbagai platform mencari kerja, kata Mendaki.

Topik itu juga sebahagian daripada inisiatif Nasihat Kerjaya Mendaki Sense untuk menyiapkan pencari kerja dengan kemahiran asas bagi strategi dan taktik mencari kerja.

Webinar LinkedIn for Career Acceleration pada 14 Oktober pula membimbing peserta mengenai cara mewujudkan kehadiran dalam talian di platform LinkedIn, dan menggunakannya untuk membina rangkaian dan meningkatkan kemahiran.

Webinar itu juga membantu mereka membangunkan rangkaian profesional bagi peluang kerja dan penjenamaan peribadi dan menggunakan platform itu untuk mencari peluang kerjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata beliau gembira akan penyertaan masyarakat, termasuk pekerja lebih berusia, dalam webinar Mendaki Sense itu.

"Ini mencerminkan semangat pembelajaran sepanjang hayat serta menggarap peluang belajar dan maju. Ini juga sejajar dengan tema 'Merebut Peluang' Raikan Ilmu, di mana kami ingin masyarakat muncul lebih kukuh dan dilengkapkan dengan kemahiran di tempat kerja pasca-Covid-19.

"Saya gembira masyarakat akur kepentingan meningkatkan kemahiran dan meraih pelbagai kemahiran berbeza. Ini akan membantu mereka kekal bekerja dan berdaya kerja," ujar Cik Zuraidah.

Pameran Kerjaya Maya pula masih berlangsung hingga 21 Oktober.

Orang ramai boleh mengakses pameran kerjaya Jump Career Fair itu di aplikasi Findjobs dan Cari Kerja, yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai webinar Raikan Ilmu dan Jump Career Fair di www.raikanilmu.sg.

"Saya gembira masyarakat akur kepentingan meningkatkan kemahiran dan meraih pelbagai kemahiran berbeza. Ini akan membantu mereka kekal bekerja dan berdaya kerja." - CEO Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg