Premium
Lebih 1,000 pelajar terima anugerah dermasiswa, Edusave
Jan 6, 2020 | 5:30 AM
PENERIMA DERMASISWA: PM Lee berbual mesra dengan Samantha Ong (dua dari kiri) dari Sekolah Rendah Townsville dan Rivash Dhayalan (tujuh dari kiri) dari Sekolah Rendah Teck Ghee dan keluarga masing-masing. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
PENDIDIKAN antara perkara paling penting yang dimiliki warga Singapura dan antara perkara paling penting yang pemerintah berikan tumpuan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Berucap di majlis penyampaian anugerah Edusave semalam, Encik Lee berkata menerusi pendidikan, rakyat dapat meraih kemahiran dan ilmu, menjadi produktif dan berguna serta menjadi orang yang baik dan menyara kehidupan sendiri.

