LEBIH 10,000 peluang latihan telah disediakan bagi golongan pertengahan kerjaya, dengan 700 pelatih sudah pun didaftar dalam 40 kursus di bawah Program Kemahiran SGUnited sejak ia dilancarkan pada 3 Julai lalu.

Sementara itu, hampir 900 peluang dalam sektor Sekitaran Terbina (Built Environment) akan disediakan secara bertahap bermula bulan ini.