SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 10,000 peluang penempatan kerja bagi pekerja pertengahan kerjaya ditawarkan

Lebih 10,000 peluang penempatan kerja bagi pekerja pertengahan kerjaya ditawarkan

Nov 6, 2020 | 8:46 PM

Lebih 10,000 peluang penempatan kerja bagi pekerja pertengahan kerjaya ditawarkan

BINCANG KERJA: Seorang pekerja pertengahan kerjaya membincangkan tugasan bersama rakan sekerjanya. - Foto fail
BINCANG KERJA: Seorang pekerja pertengahan kerjaya membincangkan tugasan bersama rakan sekerjanya. - Foto fail -

LEBIH 100 pekerja pertengahan kerjaya telah diberikan penempatan kerja dalam syarikat sehingga hujung bulan lalu, dengan suku daripada mereka merupakan pekerja matang.

Lebih 2,100 organisasi juga telah menawarkan pekerja pertengahan kerjaya sekitar 10,600 peluang penempatan kerja dalam syarikat sehingga akhir bulan lalu.

Penempatan kerja itu adalah sebahagian Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited yang dilancarkan pada Ogos lalu untuk membantu pekerja pertengahan kerjaya membina kemahiran berguna sebagai langkah kepada mendapat kerja tetap.

Program tersebut dikendalikan Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Antara jawatan yang ditawarkan termasuk penganalisis perbankan pelaburan, pereka grafik, jurutera akustik, perunding hubungan, pegawai pengalaman perkhidmatan pelanggan, eksekutif pengalaman pembelajaran, pencipta kandungan dan penganalisis kewangan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg