Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 150 penduduk Ang Mo Kio dipindah ekoran gas bocor

Jan 7, 2023 | 5:33 PM
SCDF dimaklumkan mengenai kebocoran gas itu berlaku berdekatan dengan Blok 401, Ang Mo Kio Avenue 10, sekitar 10 malam semalam.
SCDF dimaklumkan mengenai kebocoran gas itu berlaku berdekatan dengan Blok 401, Ang Mo Kio Avenue 10, sekitar 10 malam semalam. - Tangkap layar GOOGLE MAPS

Lebih 150 orang dipindahkan dari sebuah blok di Ang Mo Kio malam semalam (6 Jan) selepas gas yang mudah terbakar telah terbocor.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebocoran gas itu berlaku berdekatan dengan Blok 401, Ang Mo Kio Avenue 10 sekitar 10 malam.

Setibanya pegawai SCDF di tempat kejadian, alat pengesan bahan berbahaya telah mengesan gas dalam udara lantas menggunakan jet air dan dua alat monitor air untuk menghapuskan gas.

Lebih 150 penduduk dari blok itu dipindahkan oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang jurucakap SCDF berkata sumber kebocoran telah dikenalpasti dari kerja-kerja yang sedang dilakukan dekat dengan blok itu, tanpa menjelaskan lebih terperinci. Kebocoran itu kemudian dapat ditampal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg