Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 1.5j isi rumah akan dapat kit uji Covid-19 mulai Isnin

Nov 25, 2022 | 5:30 AM
Cik Tsai Ing-Wen.jpg
Cik Tsai Ing-Wen.jpg - EPA-EFE

PUSINGAN keempat pengagihan kit ujian pantas antigen (ART) akan bermula Isnin depan dalam satu inisiatif yang akan menyaksikan lebih 1.5 juta isi rumah menerima 12 kit ART setiap satu dalam peti surat mereka sepanjang beberapa minggu akan datang.

Dalam satu pos Facebook semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menggesa individu supaya menguji diri mereka bagi Covid-19, terutamanya dengan peningkatan interaksi sosial semasa musim cuti akhir tahun.

"Usah lupa uji diri sendiri, terutamanya jika anda baru pulang dari luar negara, berasa tidak sihat atau melawat orang rentan," ujar beliau.

SingPost akan menghantar kit ujian itu kepada isi rumah.

Pengagihan ART di seluruh negara sebelum ini ialah Julai lalu, di tengah-tengah gelombang jangkitan yang dicetuskan variasi Omicron XBB Covid-19.

Encik Ong menambah: "Akhir tahun juga merupakan tempoh kemuncak mereka, jadi kami memohon kesabaran dan pemahaman anda semasa (SingPost) membuat penghantaran."

Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum ini berkata lebih banyak kit ART akan diberi kepada isi rumah berpendapatan rendah dan pelajar, sekiranya diperlukan.

Benefisiari pejabat perkhidmatan sosial dan pusat perkhidmatan keluarga boleh terus meminta kit ART tambahan di pejabat dan pusat itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg