Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 1.6 tan sayuran import secara haram dirampas

Sep 10, 2023 | 5:21 PM
TIDAK ISYTIHAR: Sayur-sayuran tidak diisytiharkan dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas dibawa masuk oleh dua pengimport.secara haram dari Malaysia.
TIDAK ISYTIHAR: Sayur-sayuran tidak diisytiharkan dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas dibawa masuk oleh dua pengimport.secara haram dari Malaysia. - Foto SFA

Lebih daripada 1.6 tan sayur-sayuran dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas diimport dari Malaysia secara haram.

Dalam satu kenyataan, agensi itu dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata bahawa mereka menjalankan operasi pada Rabu dan Khamis, menyasarkan pada trak penghantaran sayur-sayuran yang biasanya mengangkut sayur-sayuran segar dan diproses bertujuan untuk diedarkan terus kepada peruncit dan pelanggan.

Dua trak telah dihentikan oleh pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan merujukkan perkara itu kepada SFA untuk pemeriksaan.

SFA kemudian menemui lebih 1.6 tan sayuran yang tidak diisytiharkan dan kurang diisytiharkan seperti kailan, bawang besar, daun pandan, cili merah, lobak merah, tomato, kacang panjang dan kubis Beijing yang dibawa masuk oleh dua pengimport.

Kedua-dua pengimport itu tidak dinamakan dalam kenyataan itu. Semua sayur-sayuran yang diimport secara haram telah dirampas.

SFA sedang menjalankan siasatan lanjut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan, kata kenyataan itu lagi.

Buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dan setiap konsainan mesti diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah.

Sayur-sayuran yang diimport secara haram yang tidak diketahui asal usulnya, boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan. Contohnya, jika racun perosak yang tidak terkawal atau tahap tinggi digunakan, kata agensi itu lagi.

Pengambilan jangka panjang sisa racun perosak yang berlebihan melalui pengambilan sayur-sayuran yang telah mengalami penyalahgunaan racun perosak boleh membawa kepada kesan kesihatan yang buruk, tambahnya.

Pesalah yang mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram boleh dikenakan denda maksimum $10,000 dan, atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg