Premium
Lebih 17,000 muat turun aplikasi 'Pintar Kata'
Mar 31, 2017 | 5:30 AM
LUASKAN KOSA KATA: Encik Mohamed Noh Daipi (kiri) dan Encik Rahmat Subadah sedang menunjukkan bagaimana aplikasi Pintar Kata dapat meluaskan kosa kata pelajar yang menggunakannya. - Foto SHAHIDA SARHID -
LEBIH 17,000 pengguna telah memuat turun aplikasi Pintar Kata sejak ia dilancarkan tahun lalu.
Aplikasi yang menguji kepintaran dan ketangkasan pelajar membina kosa kata daripada kumpulan abjad yang disediakan itu memenangi pingat gangsa Anugerah Innergy semasa acara Kementerian Pendidikan (MOE) Excel Fest di Pusat Konvensyen Suntec, semalam.

