Lebih 18,000 peniaga estet kejiranan sertai skim Baucar CDC

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 18,000 peniaga estet kejiranan sertai skim Baucar CDC

Oct 7, 2022 | 5:30 AM

Lebih 18,000 peniaga estet kejiranan sertai skim Baucar CDC

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SKIM SOKONGAN: Skim Baucar CDC bertujuan menyokong rakyat Singapura dalam perbelanjaan harian mereka dan juga membantu peniaga dan penjaja estet kejiranan dalam perniagaan mereka. - Foto fail
SKIM SOKONGAN: Skim Baucar CDC bertujuan menyokong rakyat Singapura dalam perbelanjaan harian mereka dan juga membantu peniaga dan penjaja estet kejiranan dalam perniagaan mereka. - Foto fail -

LEBIH 18,000 peniaga dan penjaja di estet kejiranan telah menyertai skim Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sejak ia dilancarkan Disember tahun lalu, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Skim itu bertujuan menyokong rakyat Singapura dalam perbelanjaan harian mereka dan juga membantu peniaga dan penjaja estet kejiranan dalam perniagaan mereka.

Encik Tong berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Parlimen Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) kelmarin, yang bertanya tentang jumlah peniaga yang menyertai skim itu, apakah kriteria kelayakan bagi peniaga disertakan di bawah skim itu, dan jumlah permohonan yang gagal disertakan dalam skim tersebut.

Encik Tong berkata peniaga estet kejiranan dalam perdagangan yang melibatkan barang keperluan dan perkhidmatan harian, seperti makanan dan minuman (F&B), pasar raya mini, barang runcit untuk rumah dan kedai gunting rambut, dan penjaja secara umumnya layak disertakan dalam skim itu.

"Peniaga atau penjaja estet kejiranan yang berminat menyertai skim itu boleh mendaftar dengan CDC di laman vouchers.cdc.gov.sg atau melalui persatuan peniaga, persatuan penjaja masing-masing, atau Penasihat Perniagaan di Pusat SME@CDC.

"Duta CDC kemudian akan mengunjungi peniaga dan penjaja di estet kejiranan untuk membuat penilaian, dan mendaftarkan mereka," kata beliau.

Encik Tong menambah CDC akan terus mendekati kumpulan peniaga dan penjaja estet kejiranan yang luas agar lebih banyak perniagaan boleh meraih manfaat daripada skim tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg