Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 200 ditangkap langgar peraturan jarak selamat, 80 tidak pakai pelitup di luar rumah
Lebih 200 ditangkap langgar peraturan jarak selamat, 80 tidak pakai pelitup di luar rumah
Lebih 200 ditangkap langgar peraturan jarak selamat, 80 tidak pakai pelitup di luar rumah
LEBIH 200 orang diberkas kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat pada Isnin (20 April), sementara 80 lagi tidak memakai pelitup di luar kediaman mereka. Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi maklumat terkini itu di Facebooknya pada malam Isnin. Beliau menyatakan sembilan didapati melanggar langkah-langkah tersebut untuk kali kedua dan masing-masing akan dikenakan denda $1,000. "Jika ini tindakan ingkar dan tidak bertanggungjawab, mereka jelas akan melemahkan usaha yang dilakukan oleh orang lain. Apa yang diperlukan untuk membuat mereka faham bahawa mereka membahayakan keselamatan semua orang?" kata Encik Masagos.