Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 200 profesional hadiri Majlis Hari Raya Mendaki

May 8, 2023 | 5:30 AM
KEMBANGKAN RANGKAIAN: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (duduk, berbaju hitam) bergambar swafoto bersama para profesional Melayu/Islam di Majlis Hari Raya Mendaki pada Ahad. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI
KEMBANGKAN RANGKAIAN: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (duduk, berbaju hitam) bergambar swafoto bersama para profesional Melayu/Islam di Majlis Hari Raya Mendaki pada Ahad. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI -

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berharap dengan rangkaian profesional Melayu/Islam yang lebih meluas, ia dapat mengembangkan modal sosial para profesional dan mencipta peluang untuk belia dan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

Tujuan ini adalah bagi membolehkan mereka memasuki industri-industri pertumbuhan serta meraih pengalaman untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka.

Dalam catatannya di Facebook pada Ahad, Encik Masagos berkata beliau berbesar hati dapat menghadiri Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh Mendaki bersama lebih 200 profesional Melayu/Islam.

"Saya gembira dapat bertemu dan mengenali lebih ramai profesional Melayu/Islam kita. Sejauh ini, Mendaki telah bekerja rapat dengan para profesional dalam sektor-sektor IT, sains hayat, penerbangan, penjagaan kesihatan, serta perbankan dan kewangan," ujarnya.

Encik Masagos yakin dengan kehadiran karyawan daripada pelbagai latar belakang, yang membawa pengalaman dan kepakaran yang berbeza untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, kita boleh mempertingkatkan lagi masyarakat kita untuk terus maju.

"Bersama-sama, kita boleh memperkasa dan mengemudi masyarakat kita ke arah kejayaan," ujar Encik Masagos.

Menerusi acara-acara yang dianjurkan Mendaki, beliau berharap lebih ramai karyawan akan tampil untuk menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg