Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih $27 juta yang dikaitkan dengan skim Ponzi Ezubao ditemui semula di Singapura

Aug 21, 2018 | 4:56 PM
ISU SKIM PONZI EZUBAO: Pengarah CAD, Encik David Chew (kiri), dan Kaunselor merangkap Konsul Besar Kedutaan China di Singapura, Encik Wang Jiarong, telah bertemu satu sama lain bulan lalu.
ISU SKIM PONZI EZUBAO: Pengarah CAD, Encik David Chew (kiri), dan Kaunselor merangkap Konsul Besar Kedutaan China di Singapura, Encik Wang Jiarong, telah bertemu satu sama lain bulan lalu. - Foto SPF

POLIS Singapura telah berjaya mendapatkan semula wang lebih $27 juta yang dikaitkan dengan skim pinjaman Ezubao di Singapura.

Skim itu sebenarnya satu skim tipu Ponzi besar-besaran di China, menurut satu kenyataan polis hari ini (21 Ogos).

Dana itu telah pun dipulangkan ke China bulan ini setelah sebuah mahkamah Beijing mendapati 26 individu bersalah atas tuduhan menipu dan kesalahan lain.

Skim Ponzi itu melibatkan sekitar 1.15 juta pelabur dengan anggaran kerugian bernilai 38 bilion yuan China (S$7.5 billion).

Ketika siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa China mengenai skim tersebut, Jabatan Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura (SPF) mendapati lebih $27 juta telah dipindahkan ke Singapura, lalu memaklumkan hal tersebut kepada pihak berkuasa Cina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg