Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih $2j dikumpul di konsert amal ChildAid

Dec 14, 2022 | 5:30 AM
KONSERT AMAL: Lebih $2 juta dikumpul melalui derma dan jualan tiket di ChildAid, konsert amal tahunan yang dianjurkan The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT). - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
KONSERT AMAL: Lebih $2 juta dikumpul melalui derma dan jualan tiket di ChildAid, konsert amal tahunan yang dianjurkan The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT). - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

LEBIH $2 juta telah dikumpul melalui derma dan jualan tiket di ChildAid, konsert amal tahunan yang dianjurkan oleh The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT).

Pertama kali dianjurkan pada 2005, ChildAid mengumpul dana untuk Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) dan Dana Artis Baru The Business Times (BTBAF).

Edisi ke-18 konsert amal itu diadakan semalam di Pusat Kebudayaan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan diserikan oleh tetamu terhormat, Presiden Puan Halimah Yacob.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media Trust, Cik Teo Lay Lim; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong; Editor BT, Cik Chen Huifen; Pengurus Besar STSPMF, Cik Tan Bee Heong, dan lebih 1,000 hadirin lain.

Melalui aktiviti seperti kejohanan golf, jualan kuih-muih, dan lelongan, dana telah dikumpul untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Penerima STSPMF boleh menggunakan wang tersebut untuk makan tengah hari dan pengangkutan ke sekolah.

Sementara itu, penerima BTBAF membolehkan kanak-kanak yang berminat dalam seni untuk mengembangkan bakat mereka.

Tahun ini, ChildAid telah mendapat tajaan besar dari organisasi seperti UOB, Citi Singapore, MES Group, dan Kanesaka Sushi Pte. Ltd.

Konsert amal itu merupakan sebuah muzikal dan menampilkan lebih 100 penghibur muda dari 40 sekolah berbeza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg