Topic followed successfully
Go to BHkuLebih 300 lelaki, wanita disiasat dalam pelbagai kes tipu
Lebih 300 lelaki, wanita disiasat dalam pelbagai kes tipu
Lebih 300 lelaki, wanita disiasat dalam pelbagai kes tipu

SERAMAI 227 lelaki dan 105 wanita, berusia antara 16 dengan 76 tahun, sedang disiasat berkaitan peranan mereka dalam pelbagai penipuan, termasuk menjadi keldai wang,kata polis dalam satu kenyataan pada Jumaat (8 Julai).
Suspek dipercayai terlibat dalam lebih 1,078 kes penipuan, termasuk penipuan cinta Internet dan penipuan melibatkan e-dagang, pelaburan, pekerjaan, pinjaman dan penyamaran pegawai pemerintah dan dari Cina.
Kegiatan haram ini menyebabkan mangsa kerugian hampir $9.8 juta.
Suspek disiasat atas dakwaan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.
Menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala pengubahan wang haram membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.
Menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen pula membawa denda maksimum $125,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Orang awam harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka, kerana mereka akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah sebegini boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau melaporkannya dalam talian.

