Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 300,000 guna baucar Teroka Semula S'pura, nilai tempahan $35.9j

Jan 5, 2021 | 6:23 PM
Sehingga 1 Januari 2021, jumlah tempahan bernilai sehingga $35.9 juta menerusi baucar dan bayaran. -
Sehingga 1 Januari 2021, jumlah tempahan bernilai sehingga $35.9 juta menerusi baucar dan bayaran. - - FOTO: KELVIN LIM

LEBIH 300,000 warga Singapura telah berbelanja menggunakan baucar Teroka Semula Singapura untuk membuat tempahan hotel, tarikan dan lawatan sejak penebusan baucar dimulakan 1 Disember lalu.

Sehingga 1 Januari, jumlah tempahan bernilai sehingga $35.9 juta menerusi baucar dan bayaran, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Selasa (5 Jan).

Baucar itu boleh digunakan untuk membeli lebih 440 produk yang disediakan lima wadah yang menerima baucar tersebut - Changi Recommends, GlobalTix, Traveloka, Trip.com dan Klook, lapor akhbar The Straits Times (ST).

"Kami berbesar hati dengan minat yang ditunjukkan oleh warga Singapura terhadap baucar Teroka Semula Singapura itu," kata STB.

Ia menambah, STB akan terus bekerjasama dengan sektor pelancongan untuk memperkenal lebih banyak tawaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg