Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 400 orang bantu polis dalam kes penipuan sehingga mangsa rugi lebih daripada $10.9 juta
Lebih 400 orang bantu polis dalam kes penipuan sehingga mangsa rugi lebih daripada $10.9 juta
Lebih 400 orang bantu polis dalam kes penipuan sehingga mangsa rugi lebih daripada $10.9 juta
LEBIH 400 orang sedang membantu dalam siasatan polis ke atas kes-kes penipuan yang menyebabkan mangsa kehilangan lebih daripada $10.9 juta.
Sejumlah 275 lelaki dan 134 wanita berusia antara 16 dengan 80 tahun sedang membantu polis dalam siasatan selepas disyaki terlibat dalam penipuan sebagai penipu atau keldai wang, menurut kenyatan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad.
Mereka disyaki terlibat dalam 1,053 kes.
Ini terdiri daripada penipuan dalam pelaburan, e-dagang, memancing data, pekerjaan, cinta Internet, dan penyamaran sebagai pegawai pemerintah.
Satu operasi selama dua minggu telah dijalankan oleh para pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) serta tujuh divisyen darat polis antara 10 Mac dengan 23 Mac. Mereka yang disyaki disiasat bagi penipuan, penggubahan wang haram atau menawarkan khidmat bayaran tanpa lesen.
Polis berkata mereka "mengambil pendekatan serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan dan pelaku akan diadili mengikut undang-undang".
"Bagi mengelak daripada bersekongkol dengan jenayah, orang ramai patut sentiasa menolak permintaan orang lain daripada menggunakan akaun bank atau talian bimbit anda kerana anda akan dipertanggungjawabkan sekiranya terkait dengan jenayah," tambahnya.
Bagi kes menipu, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Kesalahan menggelapkan wang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000 atau kededuanya sekali.
Mereka yang menawarkan khidmat bayaran di Singapura tanpa lesen boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga $125,000, atau kededuanya sekali.
Awal bulan ini polis berkata seramai 357 suspek, berusia antara 16 dengan 75 tahun disiasat atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan operasi menjadi keldai wang yang menyebabkan kerugian melebihi $4 juta.
Pada masa itu, polis berkata mereka yang disyaki dipercayai terlibat dalam lebih 1,160 kes penipuan.
Ini terdiri daripada penipuan panggilan kawan palsu, pelaburan, e-dagang, pekerjaan, dan menyamar sebagai pegawai pemerintah.
