Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 400 pegawai polis dicerca, dikasari sepanjang dua tahun lalu

Aug 4, 2021 | 5:30 AM
34198dca-6b25-4313-bffa-f98e9405550b
-

LEBIH 400 kes pegawai polis dicerca atau dikasari semasa menjalankan tugas dilaporkan antara 2019 dan tahun lalu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan.

Ini termasuk insiden pegawai polis dicabar orang awam berkelakuan tidak senonoh atau tidak terkawal.

Encik Tan berkata demikian semasa menjawab soalan Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines), yang bertanya tentang jumlah insiden sedemikian sepanjang dua tahun lalu.

Cik Cheng juga bertanya berapa banyak daripada kes itu memerlukan sokongan tambahan dikerahkan dan bagaimana Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) memastikan prgawai polis bersedia secara fizikal dan mental untuk menangani konflik secara bersemuka.

Dalam jawapannya, Encik Tan berkata MHA tidak menjejaki jumlah kes pegawai sokongan dikerahkan.

Tetapi bergantung pada keadaan, sumber tambahan mungkin dikerahkan untuk menyokong pegawai di tempat kejadian bagi menangkap penjenayah demi mengekalkan keamanan dan melindungi nyawa, ujar beliau.

Pegawai polis dilatih dalam pelbagai teknik menangani ancaman dinamik dan tidak dijangka, termasuk konflik secara bersemuka.

Teknik itu termasuk arahan lisan, taktik tidak bersenjata dan senjata api, ujar Encik Tan.

"Pegawai polis akan menilai ancaman yang berlaku dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap sesiapa yang bersikap agresif, sambil mengambil kira keselamatan awam dan keselamatan mereka mahupun pihak mengancam."

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC-Chua Chu Kang) bertanya dalam soalan tambahan apakah terdapat sebarang langkah khas atau pampasan bagi pegawai polis sekiranya mereka dicederakan oleh orang awam.

"Jika mereka cedera, yang akan berlaku dari semasa ke semasa, mereka akan dijaga... dari segi bantuan perubatan dan peribadi.

"Lebih penting, kami akan terus menyokong mereka dalam tugas mereka," ujar Encik Tan.

Pada Jun, seorang lelaki ditangkap di Balestier kerana menyebabkan kekacauan di tempat awam semasa mabuk, menggunakan kata-kata kesar terhadap pegawai polis dan menggunakan kekerasan untuk menghalang seorang pegawai menjalankan tugasannya.

Julai lalu pula, seorang lelaki mencabar pegawai polis bertumbuk dengannya dan menyerang mereka di sebuah kedai kopi di Jalan Besar, meskipun diberi amaran beberapa kali supaya mematuhi arahan pegawai.

Dia ditangkap selepas seorang pegawai menggunakan alat renjat (taser) untuk menenangkannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg