Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 400 wanita sertai program kembali bekerja
Lebih 400 wanita sertai program kembali bekerja
Kendalian Mendaki Sense untuk persiap mereka sertai semula pasaran pekerjaan
Lebih 400 wanita sertai program kembali bekerja
INGIN KEMBALI BEKERJA: Selepas lebih dua tahun tidak bekerja untuk menjaga anaknya, Aminin Mohammad Riduan, Cik Siti Sufia Yusri kini boleh kembali bekerja dan menyertai program Wanita Kembali Bekerja (BWW) Mendaki Sense untuk mempertingkat kemahirannya. Bersamanya ialah suami, Encik Mohammad Riduan Khamis. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -
Dec 23, 2019 | 5:30 AM
LEBIH 400 wanita dalam tempoh sedekad ini telah menyertai program Wanita Kembali Bekerja (BWW) Mendaki Sense yang bertujuan mempersiapkan mereka menyertai semula pasaran kerja.
Ini mencerminkan keinginan wanita ini, khususnya mereka yang berhenti bekerja selepas berkahwin dan menjadi ibu, untuk melengkapi diri mereka dengan kemahiran diri sebelum bekerja.
