Lebih 4.2j kini guna aplikasi, token TraceTogether

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 4.2j kini guna aplikasi, token TraceTogether

Jan 4, 2021 | 7:49 PM

Lebih 4.2j kini guna aplikasi, token TraceTogether

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Terdapat permintaan tinggi bagi token TraceTogether, dan balai rakyat setempat yang telah kehabisan stok token mereka merancang mengagihkannya semula tidak lama lagi. -
Terdapat permintaan tinggi bagi token TraceTogether, dan balai rakyat setempat yang telah kehabisan stok token mereka merancang mengagihkannya semula tidak lama lagi. - - FOTO: GAVIN FOO

LEBIH 4.2 juta orang, atau sekitar 78 peratus penduduk di sini, kini menggunakan aplikasi atau token TraceTogether, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, pada Isnin (4 Jan).

Dalam kalangan golongan tersebut, sekitar dua juta individu menggunakan aplikasi berkenaan menerusi telefon bimbit mereka, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Namun terdapat permintaan tinggi bagi token TraceTogether, dan balai rakyat setempat yang telah kehabisan stok token mereka merancang mengagihkannya semula tidak lama lagi, kata Encik Wong.

Beliau, yang juga merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani pandemik Covid-19, berkata demikian dalam satu kenyataan menteri di Parlimen sebagai respons terhadap pertanyaan Anggota Parlimen (AP) mengenai program TraceTogether.

Pengagihan token itu dilancarkan September lalu menerusi 38 balai rakyat namum permintaan naik mendadak selepas pemerintah mengumumkan TraceTogether wajib digunakan untuk memasuki tempat-tempat tertentu seperti restoran dan pusat beli-belah.

Disebabkan itu, beberapa pusat pengagihan menyaksikan stok mereka habis setelah beberapa minit pengagihan dimulakan.

Encik Wong berkata pemerintah sebelum ini tidak menjangkakan permintaan yang tinggi memandangkan orang ramai boleh memuat turun aplikasinya.

Beliau juga berkata, terdapat beberapa penundaan dalam jadual penghasilan token tersebut, justeru pengagihan token tidak boleh diselesaikan di semua balai rakyat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg