Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 5,000 pekerja T3 Lapangan Terbang Changi diuji negatif Covid-19: MOH

Nov 6, 2020 | 10:48 PM
Pekerja di Lapangan Terbang Changi memakai alat perlindungan peribadi semasa berinteraksi dengan pengunjung. - Foto BH oleh KEVIN LIM
Pekerja di Lapangan Terbang Changi memakai alat perlindungan peribadi semasa berinteraksi dengan pengunjung. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah selesai menguji 5,084 individu yang bekerja di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi yang mungkin telah mempunyai kontak dengan pengunjung.

Ini merupakan langkah berjaga-jaga yang telah diambil berikutan dua kes positif Covid-19 melibatkan pekerja di lapangan terbang tersebut pada 24 Oktober lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat malam (6 Nov), MOH berkata kesemua 5,084 individu yang diuji itu didapati negatif Covid-19.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pula berkata, lagi 33 pekerja di lapangan terbang tersebut yang belum diuji telah digantung kerja buat sementara waktu sehingga mereka diuji negatif koronavirus itu.

CAAS menambah bahawa ia sedang bekerjasama dengan mereka di lapangan terbang untuk memastikan langkah pengurusan selamat dikuatkuasa.

Langkah-langkah itu termasuk penggunaan alat perlindungan peribadi bagi semua pekerja yang berurusan rapat dengan pengunjung daripada negara berisiko tinggi; pembersihan dan penyahjangkitan lebih kerap; dan pengujian Covid-19 setiap dua minggu bagi pekerja yang berkontak rapat dengan pengunjung serta barangan mereka telah dilakarkan bersama dengan MOH.

Sementara itu, MOH melaporkan bahawa terdapat empat kes baru Covid-19 hari ini, kesemuanya merupakan kes import.

Keempat-empat individu tersebut telah diberi perintah jangan keluar rumah (SHN).

Tiada kes dalam masyarakat dan tiada kes di asrama dilaporkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg