Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih $5.5b diagih menerusi Skim Bantuan Pekerjaan mulai 29 Okt bagi kekalkan pekerja

Oct 19, 2020 | 5:17 PM
KEKALKAN KERJA SEMASA PANDEMIK: Lebih 140,000 majikan akan menerima lebih $5.5 bilion menerusi Skim Sokongan Pekerjaan dari 29 Oktober bagi membantu mereka kekalkan pekerja semasa pandemik Covid-19 ini. - Foto FAIL
KEKALKAN KERJA SEMASA PANDEMIK: Lebih 140,000 majikan akan menerima lebih $5.5 bilion menerusi Skim Sokongan Pekerjaan dari 29 Oktober bagi membantu mereka kekalkan pekerja semasa pandemik Covid-19 ini. - Foto FAIL -

LEBIH 140,000 majikan akan menerima wang lebih $5.5 bilion menerusi Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dari 29 Oktober, yang bertujuan membantu mereka mengekalkan pekerja semasa pandemik Covid-19 ini.

Wang itu akan membantu majikan membayar gaji sekitar 1.9 juta pekerja setempat, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (19 Oktober).

Pembayaran terkini itu menjadikan pembayaran keseluruhan di bawah JSS melebihi $21.5 bilion, kata MOF dalam kenyataan bersama dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).

Dalam lampiran pos Facebook pada Isnin (19 Oktober), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang mengumumkan JSS buat kali pertama dalam pakej sokongan Belanjawan pertama Februari lalu, menggesa majikan untuk mencuba sedaya-upaya mengekalkan pekerja semasa tempoh sukar ini.

"Pekerjaan kekal sebagai keutamaan dan kami akan terus memberi sokongan kepada pekerja dan perniagaan sepanjang krisis ini," kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.

Menurut Encik Heng, pemerintah juga mempunyai skim Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) untuk menggalak syarikat yang terus membangun supaya menggajikan pekerja setempat, terutama golongan usia pertengahan.

JSS ialah subsidi gaji di mana sejumlah $4,600 pertama daripada gaji bulanan pekerja warga Singapura dan penduduk tetap dibiayai pemerintah.

Skim itu dijadual luput bulan ini, tetapi ia diperluas baru-baru ini untuk membiayai gaji sehingga Mac tahun depan bagi firma dalam sektor yang terjejas teruk oleh krisis Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg