Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 60% banduan yang duduki GCE peringkat 'A' tahun lalu layak bagi kursus pengajian tinggi

Feb 23, 2019 | 5:31 PM
BANGGA: Encik Amrin berbangga dengan kesemua 34 banduan di Sekolah Penjara Tanah Merah yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' tahun lalu.
BANGGA: Encik Amrin berbangga dengan kesemua 34 banduan di Sekolah Penjara Tanah Merah yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' tahun lalu. - Foto FACEBOOK/Amrin Amin

SERAMAI 21 daripada 34 banduan di Sekolah Penjara Tanah Merah layak mengikuti kursus di peringkat pengajian tinggi.

Menerusi laman Facebook beliau semalam (22 Februari), Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, berkata 34 banduan itu telah menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' tahun lalu.

Semalam, 13,042 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu menerima keputusan mereka.

Menurut Encik Amrin, banduan yang meraih keputusan paling cemerlang mendapat 5 gred 'A' dan 1 'B'.

Daripada 21 banduan yang layak mengikuti kursus di peringkat pengajian tinggi, lima banduan boleh memohon bagi kursus sepenuh masa di universiti setempat.

Sementara itu, 16 lagi banduan pula boleh memohon bagi mengikuti kursus di politeknik atau institusi swasta.

"Kesemua mereka telah berjaya. Keputusan memang penting namun apa yang lebih penting adalah usaha mereka yang cukup hebat dan sikap mereka yang tidak mudah berputus asa.

"Saya sangat bangga dengan banduan ini - kesemua 34 mereka - kerana menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'A' ini.

"Ini menunjukkan semangat dan perwatakan yang hebat sekali. Syabas!" kata Encik Amrin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg