Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 66,000 ‘beratur dalam talian’ untuk guna baucar CDC pada pagi Rabu; keadaan sudah reda

Jan 3, 2024 | 4:03 PM
SABAR BERATUR: Pada tengah hari 3 Januari, seramai 66,231 beratur untuk dapatkan baucar CDC tetapi keadaan kembali reda selepas 2 petang.
SABAR BERATUR: Pada tengah hari 3 Januari, seramai 66,231 beratur untuk dapatkan baucar CDC tetapi keadaan kembali reda selepas 2 petang. - Foto TANGKAP LAYAR LAMAN VOUCHERS.CDC.GOV.SG

Ramai yang tidak sabar untuk menggunakan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) mereka pada 3 Januari apabila pemerintah mengeluarkan baucar berjumlah $500 untuk setiap isi rumah.

Pada tengah hari tadi, percubaan untuk masuk ke laman Singpass untuk mendapatkan baucar itu menghampakan ramai orang yang mendapati mereka harus menunggu giliran dalam talian.

Seorang pengguna yang kelihatan beratur di kedai makan siang tadi di Toa Payoh, sedang mencuba memasuki laman Singpass merungut apabila nombor barisannya didapati sangat jauh.

“Nombor saya sejauh 60,000 lebih, susahnya nak dapatkan baucar!” kata wanita itu sambil merungut.

Wartawan Berita Harian cuba memasuki laman itu pada sekitar 12 tengah hari dan mendapati nombor barisannya ialah 31,933.

Pada 2 petang tadi, kelihatan situasi sudah kembali reda dan pengguna boleh memasuki laman baucar CDC dan tidak perlu beratur dalam talian.

Bagi mereka yang tidak memerlukan baucar itu, mereka juga digalakkan untuk mendermakan baucar kepada badan amal yang dipilih.

Untuk menuntut dan menggunakan Baucar CDC 2024, sila lungsuri ke laman go.gov.sg/cdcv

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg