Topic followed successfully
Go to BHkuLebih $8,000 terkumpul hasil lelong kuih Raya
Premium
Lebih $8,000 terkumpul hasil lelong kuih Raya
Wang disalur untuk keluarga kurang bernasib baik di bawah program 'Project Joy' Mendaki
Jul 3, 2016 | 5:30 AM
Lebih $8,000 terkumpul hasil lelong kuih Raya
SUMBANGAN LELONGAN KUIH: Dr Yaacob Ibrahim, selaku Pengerusi Mendaki, menerima sumbangan kepada Projek Joy sebanyak $8,230 yang dikumpul hasil lelongan kuih Raya kendalian Divisyen Penyiaran Melayu Mediacorp. Bersamanya ialah Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, Cik Zakiah Halim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Tuminah Sapawi. - Foto MENDAKI -
LANGKAH murni Mendaki menceriakan keluarga kurang bernasib baik menerusi program amal tahunannya, Project Joy, lebih diperkukuh semalam dengan sumbangan $8,230 yang diperolehi hasil acara Lelong Kueh Raya di Dewan Singapore Expo, semalam.
Jualan lelong sekitar 1,000 balang kuih-muih Raya sumbangan orang ramai itu diusahakan Divisyen Penyiaran Melayu Mediacorp dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang tampil menyalur ihsan.

