Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih $8.9 juta lesap gara-gara kes tipu dalam dua minggu pertama April; 381 individu disiasat

Apr 15, 2022 | 12:10 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

LEBIH $8.9 juta lesap gara-gara kes penipuan yang dapat dikesan dalam operasi 2½ minggu yang dikendalikan polis antara 29 Mac dengan Khamis (14 April).

Seramai 254 lelaki dan 127 wanita yang berusia antara 16 dengan 84 tahun kini disiasat bagi penglibatan mereka dalam kes penipuan atau ketika bertindak sebagai keldai wang.

Mereka yang disyaki dipercayai terlibat dalam lebih 990 kes penipuan yang kebanyakannya merupakan penipuan cinta dan penipuan melibatkan e-dagang, penyamaran pegawai pemerintah China, pelaburan, pekerjaan dan pinjaman.

Mereka kini disiasat kerana didakwa menipu, mengubah wang haram atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.

Mereka yang didakwa menipu boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Pengubah wang haram yang didakwa pula boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga $500,000 atau kededuanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah menyediakan khidmat bayaran tidak berlesen pula boleh didenda pada kadar maksimum $125,000, dipenjara hingga tiga tahun atau kededuanya sekali.

Pihak polis berkata mereka mengambil pendirian serius terhadap mana-mana individu yang mungkin terlibat dalam penipuan dengan si pelaku akan ditangani mengikut undang-undang.

Polis menasihati orang awam agar menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon bimbit mereka bagi mengelakkan dipertanggungjawabkan sebagai rakan sejenayah dalam kes berkenaan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkait dengan penipuan sebegitu dinasihati untuk menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau mengirimnya dalam talian di laman https://www.police.gov.sg/iwitness

Bagi keterangan lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh melungsuri laman https://www.scamalert.sg/ atau hubungi talian hotline anti-penipuan di 1800-722-6688.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg