Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 99,000 majikan bakal terima $840j kredit gaji akhir Mac

Mar 23, 2022 | 5:30 AM
05b38be3-6e91-4e2b-9f5f-99a579eaef61
-

MENJELANG akhir Mac, lebih 99,000 majikan akan menerima bayaran Skim Kredit Gaji (WCS) bernilai $840 juta, bahagian bayaran terakhir di bawah skim tersebut.

Bagi bayaran akan datang itu, pemerintah akan membiayai bersama sebanyak 15 peratus peningkatan gaji yang layak yang diberikan pada 2021, 2020 dan 2019 kepada lebih 780,000 pekerja Singapura yang meraih gaji bulanan kasar sehingga $5,000.

Ini akan memberi manfaat kepada lebih 99,000 majikan, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) semalam.

Ini menjadikan kredit gaji keseluruhan yang diberikan sewaktu pandemik kepada lebih $2 bilion, menurut akhbar The Straits Times.

WCS telah dilanjutkan selama setahun dalam Belanjawan tahun lalu, bagi menyokong kenaikan gaji agar membantu syarikat membina tenaga kerja tempatan mereka dan muncul lebih kuat daripada Covid-19.

Majikan tidak perlu membuat permohonan untuk menerima bayaran tersebut.

Majikan yang layak akan dimaklumkan selewat-lewatnya 31 Mac mengenai jumlah bayaran mereka dan bayaran itu akan dimasukkan langsung ke akaun bank terdaftar mereka menerusi Giro atau PayNow Corporate.

Sebarang rayuan berkenaan bayaran WCS perlu diberikan kepada Iras selawat-lewatnya 30 Jun dan akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg