Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak acara fizikal disediakan di Little India sempena Deepavali

Sep 9, 2022 | 5:30 AM
PESTA LEBIH MERIAH: Gambar menunjukkan perayaan Deepavali di Little India pada 2021. Dengan kelonggaran Covid-19, perayaan itu akan melibatkan lebih banyak acara fizikal pada tahun ini berbanding kepada dua tahun yang lalu. - Foto ZAOBAO
PESTA LEBIH MERIAH: Gambar menunjukkan perayaan Deepavali di Little India pada 2021. Dengan kelonggaran Covid-19, perayaan itu akan melibatkan lebih banyak acara fizikal pada tahun ini berbanding kepada dua tahun yang lalu. - Foto ZAOBAO -

MULAI esok, peminat hidangan jalanan atau 'street food' boleh menikmati suasana pesta yang menampilkan lebih daripada 100 jenis makanan di Little India, yang kini bersiap sedia untuk menyambut Deepavali.

Bahkan pengunjung berpeluang menikmati makanan percuma menerusi acara petang di Birch Road, yang disediakan oleh beberapa restoran dan organisasi seperti Kedutaan Turki.

Pesta itu adalah salah satu daripada pelbagai acara fizikal dan secara maya, yang diadakan tahun ini oleh Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha) untuk meraikan Deepavali, yang jatuh pada 24 Oktober.

Kawasan di Little India akan bermandi cahaya dari 16 September hingga 13 November dalam pesta yang menampilkan lampu berwarna-warni dan hiasan berkisarkan tema tarian dan muzik.

Dengan sekatan Covid-19 yang dilonggarkan, persatuan itu menjangkakan kira-kira lima juta lawatan ke kawasan iu dalam tempoh tersebut.

Semasa sesi pranonton untuk media kelmarin, pengurus besar Lisha, Encik Abdul Raoof, melahirkan rasa ghairah bahawa perayaan tahun ini akan melibatkan lebih banyak acara fizikal berbanding dua tahun lalu.

"Kira-kira 80 peratus daripada acara kami tahun ini adalah fizikal... Kami menjangka kemasukan pengunjung dan pelancong yang meningkat, tetapi kami tidak akan berkompromi dengan keselamatan.

"Kami mempunyai pegawai keselamatan yang akan mengawal orang ramai, dan memastikan supaya semua orang kekal selamat."

Sebanyak 12 acara akan diadakan dari 1 hingga 22 Oktober, termasuk pameran kebudayaan yang menampilkan persembahan lagu dan tarian yang akan diadakan pada 8 dan 22 Oktober di Poli @ Clive Street.

Persembahan pertama akan melibatkan pertandingan rap Tamil, yang akan dinilai oleh penyanyi rap tempatan Yung Raja.

Sementara itu, Lisha dan SMRT juga bekerjasama dalam projek menghiasi lantai gerabak keretapi dan bas awam dengan lukisan bertema Deepavali.

Sudut untuk rangoli, hiasan seni tradisional India di mana serbuk beras berwarna-warni digunakan untk menghias di luar pintu rumah, juga akan disediakan di stesen MRT Little India.

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang bentuk seni itu dan mencubanya setiap hari Sabtu.

Pencarian harta karun yang bertujuan mempromosikan tradisi India juga akan diadakan pada 8 dan 15 Oktober.

Ia akan menyaksikan peserta mengunjungi 10 stesen berbeza yang tersebar di Little India.

Untuk maklumat lanjut tentang pesta yang akan diadakan, lungsuri laman https://www.deepavali.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg