Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih banyak bantuan kemanusiaan dari S’pura dijangka tiba di Jordan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak bantuan kemanusiaan dari S’pura dijangka tiba di Jordan

Mar 17, 2024 | 09:15 PM



Lebih banyak bekalan bantuan kemanusiaan dari Singapura bagi Gaza boleh dijangka dihantar ke Jordan dalam beberapa hari akan datang, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, pada 17 Mac.

Oleh itu, beliau berharap lebih banyak pertubuhan akan tampil menyokong usaha ini dan mengalu-alukan warga Singapura yang ingin menyokong usaha tersebut.

Encik Zaqy berkata demikian ketika ditemui media Singapura di Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan selepas meninjau persiapan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) sebelum mereka memulakan operasi melepaskan bantuan kemanusiaan ke Gaza dari udara.

“Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan terus menyokong usaha bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza.

“Kami pastinya berharap agar sikap belas ihsan ini, terutama pada bulan Ramadan, bukan sahaja memberi kelegaan tetapi juga harapan kepada penduduk di Gaza yang terjejas akibat konflik yang sedang berlaku.

“SAF akan terus membawa masuk bekalan berikutan bekalan awal bantuan kemanusiaan menggunakan Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (MRTT) dan pesawat pemunggah C-130,” katanya.


Ketika diminta berkongsi butiran mengenai penempatan pesawat C-130 di Jordan serta penglibatannya dalam operasi menghantar bekalan bantuan kemanusiaan di Gaza, Encik Zaqy berkata SAF akan terus bekerja rapat dengan Angkatan Bersenjata Jordan.


“Kami perlu menyelaraskan semua usaha, bukan sahaja bagi Singapura tetapi juga dengan pelbagai angkatan bersenjata yang turut berada di sini... Jerman, Belanda dan lain-lain juga berada di sini untuk menyokong.

“Jadual akan ditentukan apabila kami menyelaraskan dengan rakan sejawatan kami, tetapi kami tidak dapat mendedahkan jadual itu disebabkan keselamatan operasi,” ujar Encik Zaqy. 

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa semua bantuan kemanusiaan akan tiba dan dihantar terus ke Gaza melalui pelepasan dari udara.

Encik Zaqy turut merakamkan penghargaannya buat semua pihak yang terlibat menyumbang kepada usaha penghantaran bantuan kemanusiaan Singapura yang ketiga buat Gaza.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi ini, terutamanya rakan kerja kami, Relief SG, Kementerian Kesihatan (MOH) bagi bekalan perubatan, serta pertubuhan bukan pemerintah (NGO) lain seperti Mercy Relief, PPIS dan Charis.

“Ini merupakan usaha pemerintah yang menyeluruh tetapi juga terdapat sokongan kemasyarakatan daripada rakyat Singapura buat mereka yang terjejas di Gaza,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >